BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 17, 2010

pengorbanan itu~

Bismillah..

Allhamdulillah,praised be to Allah,'ala kulli haal =)
Salam sesejuk Bumi Mu'tah di pagi hari. Subuh yang hening + pagi yang mendung
kenape? HUJAN! = SEJUK

Bumi Mu'tah dilimpahi rahmat hujan rintik-rintik pade pagi aidiladha :D lame tak tgk hujan dah!
seronok jugak,jalan ramai-ramai pergi masjid = solat sunat aidiladha =) thanks semuaa...
Gema takbir di pagi raye~ku teringat kampung halaman..(lupe lirik dah)
Alhamdulillah,selesai solat sunat ramai2 dan bersalam-salaman bersama teman-teman setanah air :D
Kali kedua beraye di perantauan, semakin menabahkan diri! emm..ni baru pngorbanan yg kecik sgt tau!

Semalam, buka puasa ramai-ramai, terubat sikit rindu pada orang-orang di tanah air,huh..
Kelakar + comel la semua orang bila dah takbir tu..hehe, agak kesayuan sikit la.
Haih,takbir raye kena semangat la! Terima kasih sangat-sangat buat semua yg terlibat!
Seronok main masak-masak sama-sama =)

The best part~doodling muffin! heh.heh..(credit to kak mimi,thanks 4 the unformal class-thumbs up-)


~smile!~
senyum itu sedekah =)

                                                               
                         my artwork =)
                          > beginner!



Hari Raya Haji / Hari Raya Korban - menuntut seribu pengorbanan
Seringkali dan sinonim dengan kisah pengorbanan Nabi Allah, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
Subhanallah!
Terpulang kepada individu dalam mengambil penghayatan daripada sorotan kisah-kisah pengorbanan yang sering kali diulang dalam setiap ceramah mahupun artikel, atau apa sahaja bentuk dapatan.

Hakikat kehidupan,perlukan kepada pengorbanan, pengorbanan yang dimaksudkan, pengorbanan yang berbentuk saling. Hidup di atas pengorbanan ibu bapa, dan orang-di sekeliling kita sehingga kini. Mungkin juga banyak yang tanpa kita sedari, hidup ini atas ihsan dan pengorbanan orang lain juga. Tak setuju? terpulanglah.. Jadi, salahkah untuk kita turut sama berkorban?
- Tak seorang pun boleh memulakan dan mengakhirkan hidupnya berseorangan,ya walau hakikatnya Allah itu ada! -  
 
Nak duduk rumah je,sorang-sorang > mampukah kita bina rumah sendiri?
Segala macam peralatan,makanan yang kita perlukan sehari-hari, betul ke tak ada kaitan langsung dengan orang lain? walaupun mampu membeli dengan duit sendiri, dari mana datangnya duit tu,kan.kan.kan?
Contoh mudah;
Nasi yang kita makan, siapa yang masak, siapa yang tanam padi, nak tanak nasi, mana nak dapatkan air,periuk dan sebagainya.. nah, nampak tak, 'siapa' di sebalik tabir kehidupan kita, tanpa kita pernah saling mengenali? Semuanya atas percaturan Allah..

Berkorban >> mampu tak kita berkorban dalam apa juga bentuk sekarang ni, dengan hati yang ikhlas, tanpa mengharapkan balasan dan sebagainya, melainkan redha Allah semata-mata.. =)

Tak payah cerita panjang-panjang la kan, setiap orang mampu berfikir sendiri.. hanya peringatan untuk diri sendiri yang sering terlupa dan terleka :D

Salam aidiladha, kullu 'aam wa antum bikhoir~ ameen ya rabb
::selamat berkorban untuk Islam:: hebatkan, pengorbanan para nabi dan sahabat2 dlu (T.T)
p/s: pegi tengok lembu korban :D fuhh..hehe